Tuesday 3 February 2009

QUNUT NAZILAH

Qunut dari segi syara‘ bermaksud zikir khusus yang mengandungi
doa dan pujian. Qunut disyariatkan ketika sembahyang Subuh dan
sembahyang Witir pada pertengahan akhir Ramadhan. Demikian
juga, qunut disyariatkan apabila orang Islam menghadapi musibah
dan ia disebut sebagai qunut nazilah.
Hukum Dan Sebab Membaca Qunut Nazilah
Qunut nazilah hanya disunatkan apabila kaum muslimin
menghadapi musibah seperti diserang wabak, taun, kemarau,
diserang belalang, hujan yang merosakkan bangunan atau tanaman,
takut kepada musuh seperti orang alim atau pahlawan yang
dipenjara oleh musuh, dizalimi oleh orang-orang kafir dan
seumpamanya, agar musibah tersebut dilapangkan oleh Allah
Subhanahu wa Ta‘ala.
Jika tidak ada sebab untuk membacanya iaitu tidak ada musibah,
makruh hukumnya membaca qunut nazilah melainkan pada
sembahyang Subuh. Ini bererti dalam sembahyang Subuh di
samping membaca qunut Subuh, sunat juga membaca selepasnya
qunut nazilah. Ini kerana sembahyang Subuh itu lebih mulia
daripada sembahyang yang lain dan dikhususkan bagi Subuh itu
azan sebelum waktunya serta disebut dalam azan Subuh tatswib (
الصلاة خير من النوم ). Sembahyang Subuh itu juga lebih singkat
berbanding dengan sembahyang fardhu yang lain. Oleh yang
demikian adalah lebih layak untuk ditambah dengan qunut nazilah.
Membaca qunut nazilah ini bukan sahaja disunatkan ke atas orang
yang ditimpa musibah, bahkan juga ia disunatkan ke atas orang
yang tidak ditimpa musibah agar mendoakan orang yang ditimpa
musibah itu.
Waktu Membaca Qunut Nazilah
Qunut nazilah sunat dibaca pada sembahyang lima waktu ketika
i‘tidal di rakaat yang terakhir. Diriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas
Radiallahu ‘anhuma, beliau berkata:
َقن  ت رسو ُ ل اللهِ  صلَّى اللهُ  عَليهِ  و  سلَّ  م  ش  هرا متتابِعا فِي الظُّهرِ والْعصرِ
 والْ  مغرِبِ  واْلعِ  شاءِ  و  ص َ لاةِ ال  صبحِ فِي دبرِ ُ كلِّ  ص َ لاةٍ إَِذا قَا َ ل  سمِ  ع اللهُ لِ  م  ن
 حمِ  ده مِ  ن الركْعةِ الآخِرةِ ي  د  عو  عَلى َأحياءٍ مِ  ن بنِي سَليمٍ  عَلى رِعلٍ وذَكْوا َ ن
 وع  صيَة  وي  ؤمن م  ن  خلَْفه
(رواه أبو داود)
Maksudnya: “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah
membaca qunut selama sebulan berturut-turut pada waktu Zuhur,
Asar, Maghrib, Isya dan Subuh di akhir setiap sembahyang.
Apabila Baginda membaca: ( سمِ  ع اللهُ لِ  من  حمِ  دُه  ) pada rakaat terakhir,
Baginda berdoa (supaya ditimpakan kecelakaan) ke atas qabilahqabilah
daripada Bani Sulaim, Ri‘l, Dzakwan dan ‘Ushaiyah. Dan
orang di belakang Baginda mengaminkan (doa Baginda).”
(Hadits riwayat Abu Daud)
Ini bererti qunut nazilah itu dibaca pada rakaat terakhir ketika
i‘tidal. Sebagai contoh sembahyang Zuhur, dibaca qunut nazilah
itu pada rakaat keempat ketika i‘tidal. Sementara sembahyang
Maghrib, ia dibaca pada rakaat ketiga dan sembahyang Subuh, ia
dibaca pada rakaat kedua ketika i‘tidal.
Adapun dalam sembahyang jenazah, makruh hukumnya membaca
qunut nazilah walaupun ada sebab untuk membacanya. Ini kerana
sembahyang jenazah itu dikerjakan dengan ringan sahaja.
Sementara sembahyang disebabkan nazar atau sembahyang sunat,
adalah tidak disunatkan membaca qunut nazilah. Namun jika
dibaca juga kerana ada sebabnya (musibah) maka hukumnya tidak
makruh. Lain halnya jika ia dibaca pada sembahyang tersebut
dengan tanpa ada sebab, baharulah hukumnya makruh.
Lafaz Dan Cara Membaca Qunut Nazilah
Lafaz qunut nazilah itu adalah mengikut kesesuaian musibah yang
perlu dihindari. Sebagai contoh, jika kemarau telah melanda
sesebuah negara Islam, maka dimuatkan isi kandungan doa qunut
nazilah itu memohon agar diturunkan hujan. Contoh yang lain,
sesebuah negara Islam telah diperangi oleh musuh, maka
dimuatkan isi kandungan doa qunut nazilah itu memohon supaya
kemenangan dikurniakan kepada orang Islam dan kekalahan ke
atas musuh-musuh Islam.
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam pernah membaca qunut
nazilah supaya sahabat-sahabat Baginda dibebaskan daripada
tawanan orang kafir, sebagaimana diriwayatkan daripada Abu
Hurairah Radhiallahu ‘anhu, beliau berkata:
َقن  ت رسو ُ ل اللهِ  صلَّى اللهُ  عَليهِ  و  سلَّ  م فِي  ص َ لاةِ الْعت  مةِ  ش  هرا يقُو ُ ل فِي ُقنوتِهِ:
اللَّ  هم ن  ج اْل  ولِي  د ب  ن اْل  ولِيدِ اللَّ  هم ن  ج  سَل  مَة ب  ن هِشامٍ اللَّ  هم ن  ج الْمستضعفِ  ين
مِ  ن الْمؤمِنِ  ين اللَّ  هم ا  ش  د  د  وطَْأت  ك  عَلى م  ضر اللَّ  هم ا  جعْل  ها  عَليهِم سِنِ  ين
َ كسِنِي يوس  ف
قَا َ ل َأبو هريرَة:  وَأصب  ح  رسو ُ ل اللهِ  صلَّى اللهُ  عَليهِ  و  سلَّ  م ذَا  ت يومٍ َفَلم يدع
َل  ه  م َف َ ذ َ كرت َذلِ  ك َله فَقَا َ ل:  وما ترا  ه  م َق  د َقدِموا
(رواه أبو داود)
Maksudnya: “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah
membaca qunut pada sembahyang Isya selama sebulan. Baginda
membaca dalam qunutnya: “Ya Allah, engkau selamatkan
(bebaskan) al-Walid bin al-Walid. Ya Allah, engkau selamatkan
Salamah bin Hisyam. Ya Allah, engkau selamatkan orang-orang
yang lemah di kalangan orang mukmin. Ya Allah, engkau
dahsyatkan hukumanMu ke atas (qabilah) Mudhar. Ya Allah,
engkau jadikannya (hukumanMu) ke atas mereka bertahun-tahun
seperti zaman Nabi Yusuf (tujuh tahun menghadapi kemarau).
Abu Hurairah berkata: “Pada suatu hari Rasulullah Shallallahu
‘alaihi wasallam tidak lagi mendoakan mereka. Lalu beliau
menyebut perkara itu kepada Baginda. Baginda bersabda:
“Tidakkah kamu nampak mereka telahpun sampai (bebas
daripada tawanan orang kafir).”
(Hadits riwayat Abu Daud)
Cara membaca qunut ketika sembahyang Subuh, terlebih dahulu
dimulai dengan doa qunut Subuh kemudian diikuti selepas itu doa
qunut nazilah.
Qunut nazilah sunat dibaca dengan jahr iaitu suara yang nyaring
walaupun dalam sembahyang seorang diri. Demikian juga, selain
qunut nazilah itu sunat dibaca dengan jahr pada sembahyang
jahriyah (sembayang yang dibaca dengan suara nyaring seperti
Subuh, Maghrib dan Isya), ia juga sunat dibaca dengan jahr pada
sembahyang sirriyah (sembahyang yang dibaca dengan suara
perlahan seperti Zuhur dan Asar).
Sunat bagi makmum mengaminkan qunut nazilah dan menadah
kedua tapak tangan ke langit apabila memohon perkara yang
diingini dan menterbalikkan kedua tapak tangan apabila memohon
perkara yang dihindari. Sementara menyapu muka setelah
membaca qunut nazilah adalah lebih elok tidak dilakukan
memandangkan tidak ada warid daripada hadits.
Merujuk Kepada Imam Besar
Sunat bagi imam masjid ratib (imam yang dilantik) merujuk
perkara qunut nazilah ini kepada imam besar masjid-masjid utama
atau penolongnya. Jika qunut nazilah itu diarahkan oleh imam
besar atau penolongnya, maka wajib dibaca qunut nazilah itu.
Perlukah Sujud Sahwi Apabila Terlupa Membaca Qunut
Nazilah?
Jika terlupa membaca qunut nazilah, tidak disunatkan sujud sahwi.
Ini kerana qunut nazilah itu bukan terdiri daripada sunat-sunat
ab‘ad (Iaitu perkara sunat yang perlu ditampung dengan sujud
sahwi apabila ditinggalkan seperti qunut Subuh, tasyahhud awal
dan sebagainya).
Sebagai seorang muslim adalah dituntut untuk tolong-menolong
antara satu sama lain. Apatah lagi apabila saudara Islam kita
menghadapi kesusahan atau musibah. Tidak kiralah bentuk
pertolongan itu sama ada berupa harta benda, makanan, tenaga kita
sendiri ataupun dengan berdoa.
Oleh itu, adalah wajar di samping kita menghulurkan bantuan atau
derma khususnya kepada kaum muslimin yang menghadapi
musibah supaya mendoakan mereka dengan qunut nazilah agar
musibah itu dilapangkan oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala.

No comments: