Tuesday 10 February 2009

JANGAN TINGGALKAN SEMBAHYANG JUMAAT

Sembahyang Jumaat merupakan ibadat yang sangat agung dan
mempunyai fadhilat yang banyak. Antaranya ialah sebagai
penghapus dosa dalam setiap minggu. Daripada Abu Hurairah
Radhiallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi
wasallam bersabda:
الْجُمُعةُ إَِلى الْجُمُعةِ كَفَّا  رةُ ما بينهُ  ما ما َل  م تُغ  ش الْكَبائِرُ.
(رواه ابن ماجه)
Maksudnya: “(Sembahyang) Jumaat hingga ke Jumaat
(seterusnya) adalah penebus dosa di antara keduanya selama
mana tidak dilakukan dosa-dosa besar.”
(Hadits riwayat Ibnu Majah)
Hari Jumaat juga adalah hari yang paling agung daripada hari-hari
yang lain, sehinggakan keagungannya disebutkan dalam sebuah
hadits bahawa hari Jumaat adalah lebih baik daripada Hari Raya
Adha dan Hari Raya Fitri. Daripada Abu Lubabah bin Abdul
Mundzir Radhiallahu ‘anhu, meriwayatkan bahawa Nabi
Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
إِنَّ يوم الْجُمُعةِ  سيدُ الأَيامِ  وَأ  ع َ ظمُ  ها عِن  د اللَّهِ،  وهُ  و َأع َ ظمُ عِن  د اللَّهِ مِ  ن يو مِ
اْلَأ  ض  حى  ويومِ الْفِطْرِ...
(رواه ابن ماجه والبيهقي)
Maksudnya: “Sesungguhnya hari Jumaat ialah kepala sekalian
hari dan hari yang terbesar di sisi Allah, dan ia lebih besar di sisi
Allah daripada Hari Raya Adha dan Hari Raya Fitri...”
(Hadits riwayat Ibnu Majah dan al-Baihaqi)
Kewajipan Sembahyang Jumaat
Mengerjakan sembahyang Jumaat adalah wajib dan kewajipan
mengerjakannya ada disebutkan oleh Allah Subhanahu Wa Ta‘ala
di dalam al-Qur’an, sebagaimana firmanNya:
(#ρâ‘sOEuρ «!$# Ìø.ÏOE 4’n<Î) (#öθyèó™$$sù Ïπyèßϑàfø9$# ÏΘöθtƒ ⎯ÏΒ Íο4θn=¢Á=Ï9 š”ÏŠθçΡ #sOEÎ) (#þθãΖtΒ#u™ t⎦⎪Ï%©!$# $pκš‰r'¯≈tƒ
∩®∪ tβθßϑn=÷ès? óΟçGΨä. βÎ) öΝä3©9 ×öyz öΝä3Ï9≡sOE 4 yìø‹t7ø9$#
( (سورة الجمعة: آية 9
Tafsirnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan
azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat,
maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah
(dengan mengerjakan sembahyang Jumaat) dan tinggalkanlah
berjual beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu,
jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).”
(Surah al-Jumu‘ah: Ayat 9)
Oleh itu, sesiapa yang meninggalkan sembahyang Jumaat tanpa
ada uzur syar‘i hukumnya adalah berdosa besar, apatah lagi jika
meninggalkannya tiga kali berturut-turut, hatinya akan dicapkan
oleh Allah sebagai hati orang munafiq. Abu al-Ja‘di adh-Dhamriy
Radhiallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi
wasallam bersabda:
م  ن تر  ك اْلجُمُعَة َث َ لاًثا ََ طب  ع اللهُ  عَلى َقْلبِهِ  و  جع َ ل َقْلبهُ َفهُ  و َقْلبُ اْلمُنافِقِ.
(رواه ابن خزيمة)
Maksudnya: “Sesiapa yang meninggalkan Jumaat tiga kali
nescaya Allah akan mencap hatinya, dan (Allah) menjadikan
hatinya itu seperti hati orang munafiq.”
(Hadits riwayat Ibnu Khuzaimah)
Keuzuran yang mengharuskan meninggalkan sembahyang
Jumaat
Sekalipun sembahyang Jumaat itu hukumnya wajib, tetapi
adakalanya seseorang itu diharuskan meninggalkan sembahyang
Jumaat jika terdapat keuzuran yang diharuskan oleh syara‘. Antara
keuzuran syar‘i itu ialah:
1. Sakit yang menghalangi untuk pergi sembahyang berjemaah ke
masjid, sama ada jika dia pergi ke masjid akan menambahkan
lagi sakit itu atau melambatkan sembuh. Begitu juga sakit cirit
birit kerana takut akan mencemarkan kebersihan masjid.
Adapun sakit biasa seperti sakit kepala, gigi dan demam ringan
tidaklah dikira sebagai uzur yang mengharuskan tidak
bersembahyang Jumaat.
2. Orang musafir yang sedang dalam pelayaran yang diharuskan,
selama mana dia tidak berniat untuk bermuqim atau menetap
pada sesuatu tempat dalam tempoh empat hari atau lebih.
َ لا جُمُعَة  عَلى مُ  سافِرٍ.
(رواه البيهقي)
Maksudnya: “Tidak wajib Jumaat ke atas orang musafir.”
(Hadits riwayat al-Baihaqi)
Akan tetapi bagi orang yang baru hendak memulakan
pelayarannya pada hari Jumaat sebelum tergelincir matahari,
tidak harus bagi mereka meninggalkan sembahyang Jumaat.
Waktu sebelum tergelincir matahari itu ialah bermula setelah
masuk waktu Subuh. Begitu juga bagi orang yang belayar
selepas tergelincir matahari.
3. Orang yang dipenjara (dikurung). Orang seperti ini dianggap
sebagai orang yang mempunyai keuzuran. Firman Allah
Subhanahu wa Ta‘ala:
Ÿω ß#Ïk=s3ムª!$# $²¡øtΡ ωÎ) $yγyèó™ãρ 4
( (سورة البقرة: اية 286
Tafsirnya: “Allah tidak memberati seseorang melainkan apa
yang terdaya olehnya.”
(Surah al-Baqarah: ayat 286)
4. Sibuk kerana menguruskan mayat yang ditakuti jika
dilambatkan akan menyebabkan mayat menjadi busuk. Tidaklah
disyaratkan orang yang menguruskan jenazah itu terdiri
daripada ahli keluarganya seperti anaknya dan saudaranya.
Adapun orang yang hadir, selain daripada orang yang
menguruskan jenazah itu, bukanlah dikira orang yang
mempunyai keuzuran untuk meninggalkan sembahyang Jumaat.
Bagi orang yang ada keuzuran yang menyebabkannya tidak wajib
menunaikan sembahyang Jumaat baginya sama ada untuk
menunaikan sembahyang Zuhur ataupun sembahyang Jumaat. Jika
dia bersembahyang Jumaat, maka sembahyang Jumaat sudah
memadai, dia tidak perlu lagi untuk bersembahyang Zuhur.
Adalah disunatkan bagi orang yang menyangkakan keuzurannya
meninggalkan Jumaat itu akan hilang supaya melambatkan
sembahyang Zuhur sehingga ia berputus harapan untuk pergi ke
masjid mengerjakan sembahyang Jumaat kerana keuzurannya itu
boleh hilang dan dia dapat menunaikan sembahyang Jumaat itu.
Walau bagaimanapun jika dia mengerjakan sembahyang Zuhor
pada awal waktu kemudian hilang keuzurannya tidaklah wajib
baginya sembahyang Jumaat walaupun masih ada waktu untuk
mengerjakan sembahyang Jumaat.
Adapun jika dia menyangkakan yang keuzurannya itu tidak akan
hilang maka disunatkan baginya untuk bersegera mengerjakan
sembahyang Zuhur demi mencapai fadhilat sembahyang pada awal
waktu. Jika orang yang ada keuzuran itu telah mengerjakan
sembahyang Zuhor kemudian dia mengerjakan sembahyang
Jumaat lagi, maka sembahyang fardhu yang dituntut ke atasnya
sudah tertunai dengan sembahyang Zuhurnya, manakala
sembahyang Jumaat adalah sebagai sembahyang sunat baginya.
Daripada penjelasan di atas, sembahyang Jumaat adalah
merupakan satu kewajipan yang tidak dapat ditinggalkan, dan
disebutkan dalam beberapa buah hadits bahawa sesiapa yang
meninggalkan sembahyang Jumaat tiga kali nescaya Allah akan
mencap hatinya itu seperti hati orang munafiq. Hanya orang-orang
yang mempunyai keuzuran sahaja boleh meninggalkan
sembahyang Jumaat itu. Oleh itu, ingatlah bahawa sembahyang
Jumaat tidak boleh ditinggalkan melainkan jika ada keuzuran.

No comments: