Tuesday 3 February 2009

Masalah Mendapatkan Daging Halal di Luar Negara

Saya telah difahamkan bahawa penuntut-penuntut Brunei yang belajar di London atau negeri Eropah atau negeri Barat, telah mendapat kesulitan dalam masalah makanan daging lembu, ayam dan sebagainya, yang dikatakan daging-daging itu dari binatang yang tidak disembelih, sebagaimana maklum bahawa makan daging yang tiada bersembelih itu ialah makan bangkai.Saya telah difahamkan bahawa di negeri-negeri sebelah Barat atau Eropah mempunyai undang-undang kebersihan melarang membuang kotor-kotor seperti darah, kulit, bulu dalam tong sampah, dan hendak menyembelih bersendiri di rumah atau di asrama adalah sukar dengan ada undang-undang kebersihan yang melarang membuang kotoran-kotoran dalam tong sampah dan mengenakan hukuman-hukuman yang, berat jika melanggar undang-undang kebersihan itu.Apakah hukum makan daging yang tidak disembelih di negeri-¬negeri yang susah mendapat makanan orang-orang Islam dan yang mempunyai undang-undang yang ketat bagi mengawal kekotoran dan bau busuk itu?Adakah dihukumkan negeri yang tersebut itu, negeri yang mudarat, dan hukum Islam ada kalanya perkara yang haram itu menjadi halal, umpamanya seorang Islam dalam perjalanan yang sangat jauh untuk sampai ke suatu tempat yang dituju, maka dia tahu segala makanannya telah habis di pertengahan jalan, dan dia tahu jika ia tidak makan sesuatu nescaya mati kelaparan, tiba-tiba ia terlihat seekor babi, lalu ia bunuh akannya dan dimakannya dan dengan itu terselamat ia dari mati kelaparan.Sembelihan orang Ahli Kitab adalah halal. Ahli Kitab ialah orang Yahudi dan Nashrani dan harus orang Islam makan sembelihan Ahli Kitab itu dari binatang yang halal dimakan dalam agama Islam seperti lembu, kambing, ayam, itik, merpati dan seumpamanya, ialah menurut nash AI-Qur'an dalam surah AI-Ma'idah ayat 5:وَطَعَامُ الَّذِيْنَ أُوْتُوْا الْكِتَابِ حِلٌّ لَّكُمْ وَطَعَامُكُمْ حِلٌّ لَهُمْTafsirnya: "Makanan yakni sembelihan mereka yang diberi kitab yakni Ahli Kitab itu, halal bagi kamu, dan makanan kamu yakni sembelihan kamu halal bagi mereka itu."Berkata Al-‘Allâmah Ibnu Katsir dalam tafsimya: “Telah berkata sahabat Ibnu ‘Abbas dan Abu Umamah dan Mujahid dan Sa’id bin Jubair dan ‘Ikramah dan ‘Atha’ dan Al-Hasan dan Makhul dan Ibrahim AI-Nakha’i dan Al-Sudiy dan Muqatil bin Hayyan: “Erti makanan Ahli Kitab ialah sembelihan¬sembelihan Ahli Kitab dan perkara ini telah ijma’ ulama Islam padanya, bahawa sembelihan-sembelihan mereka itu halal dimakan oleh orang-orang muslimin kerana mereka itu (Ahli Kitab) beri’tiqâd bahawa haram menyembelih dengan menyebut lain dari nama Allah, dan mereka itu tiada menyebut melainkan nama Allah ketika mereka itu menyembelih binatang, sekalipun mereka itu beri’tiqâd pada Allah Ta’ala akan perkara-perkara yang Allah itu Maha Suci dari perkara-¬perkara yang dii ‘tiqâdkan oleh mereka itu.Berkata Al-‘Allâmah Ibnu Katsir lagi: “Hadis yang lebih kuat bagi dibuat dalil ialah suatu hadis shahih iaitu bahawa penduduk Khaibar telah memberi hadiah kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam akan seekor kambing bakar, dan mereka telah meletakkan racun pada tangan kambing itu, dan Rasulullah memang sukakan tangan kambing, dan Rasulullah mengambil tangan itu dan mengoyak tangan itu dengan gigi, lalu tangan kambing itu berkata kepada Rasulullah bahawa hamba telah dibubuh racun, lalu Rasulullah buangkan dia, dan racun itu memberi bekas pada gigi hadapan Rasulullah, dan pad a dua urat belakang Rasulullah, dan sahabat Bisyr bin AI-Barâ’ bin Al-Ma’rur telah juga makan kambing itu bersama-¬sama Rasulullah dan ia mati, dan perempuan Yahudi yang meracun itu telah dibunuh, dan namanya Zainab, dan cara mengambil dalil dari hadis ini iaitu bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam hendak makan kambing bakar itu, dan orang-orang yang ada bersama-sama Rasulullah begitu juga, dan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam tiada bertanya kepada orang-orang itu akan keadaan kambing bakar itu, adakah orang-orang Yahudi itu telah membuang lemak yang mereka itu beri’tiqâd bahawa haram memakan lemak kambing itu atau tiada membuang lemak kambing dari kambing bakar itu.”Dalam satu hadis yang lain: "Bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dijamu oleh seorang Yahudi dengan roti yang diperbuat dari sya’îr atau barli dan lemak yang telah berubah baunya.Inilah dalil dari Al-Qur’an dan hadis menerangkan bahawa harus orang muslimin makan akan sembelihan-sembelihan yang disembelih oleh orang-orang Ahli Kitab menurut pendapat Al-‘Allâmah Ibnu Katsir, yang dikutipnya dari perkataan sahabat-sahabat dan lain-lain ulama salaf Radhiallahu ‘anhum.Kemudian kita cuba melihat matan-matan kitab fiqh seperti Matan Al-Minhâj karangan Al-Imam Al-Nawawi Radhiallahu ‘anhu, penyusun dan pengemas mazhab Al-Imam Al-Syafi’e Radhiallahu ‘anhu, yang telah mengupas dan menapis dan menyusun dan menyelidiki masalah sembelihan Ahli Kitab dari ayat-ayat dan hadis.Kata Al-Imam Al-Nawawi: “Menyembelih binatang yang halal itu dengan disembelih akan dia pada tegak (arah sebelah atas dari lehernya), atau pada batang leher (pada arah sebelah bawah dari lehernya), jika itu dapat dikuasai (jinak) dengan menyembelih akan dia begitu, dan jika tiada dapat dikuasai (liar), maka dilukakan dia pada mana-mana dari badannya dengan suatu luka yang menghabiskan nyawanya."Dan syarat orang yang menyembelih atau melukakan binatang itu ialah orang yang halal kepada kita orang muslimin bernikah dengannya (sama ada ia orang Islam atau orang Ahli Kitab).Katanya lagi: “Sembelih tiap-tiap binatang yang dapat dikuasai dengan memotong segala dan semua halqûmnya, iaitu tempat keluar masuk nafas, dan memotong segala dan semua marî’ (مرىء) iaitu tempat lalu makanan (dan minuman, yang ada ia di sebelah bawah halqûm).”Katanya lagi: “Sunat orang yang menyembelih itu tajamkan pisau, dan sunat ia hadapkan leher yang disembelih itu ke arah qiblat, dan sunat ia berkata بسم الله ketika menyembelih, (dan jika ia tinggalkan بسم الله itu maka tiadalah jadi haram sembelihan itu) dan sunat ia bershalawat ketika itu, dan jangan ia berkata dengan بسم الله dan اسم محمد.”Katanya lagi: “Halal sembelih binatang yang dapat dikuasai itu clan halal melukakan binatang yang tiada dapat dikuasai itu, dengan tiap-tiap suatu yang runcing yang boleh melukakan seperti besi, tembaga, emas, kayu, buluh, batu, kaca, melainkan kuku, gigi dan segala tulang, maka tiada halal sembelihan yang disembelih dengan tiga perkara yang tersebut itu.”Katanya dalam kitab nikah dari AI-Minhâj: “Perempuan Kitabiah itu ialah perempuan Yahudi (yakni perempuan yang berpegang dengan kitab Taurat) atau perempuan Nashrani (yakni perempuan yang berpegang dengan kitab Injil). Dan bukan Ahli Kitab itu perempuan yang berpegang dengan kitab Zabur, atau lain-lain kitab. Dan jika perempuan kitabiah itu bukan perempuan bangsa Israel, (yakni keturunan Israel dan Israel ialah Nabi Allah Ya’akub ‘Alaihissalam).Maka menurut qaul yang lebih zahir (azhhar) bahawa halal nikah dengan perempuan itu jika diketahui kaum bangsanya (yakni diketahui ada mana-mana datuk laki-Iakinya) masuk dalam agama itu (yakni agama Musa atau agama Isa ‘Alaihissalam) sebelum dimansukhkan agama-agama itu dan sebelum diubah-ubah agama-agama itu (yakni sebelum dimansukhkan agama Musa dengan dibangkitkan Nabi Isa atau sebelum dimansukhkan agama Isa dengan dibangkitkan Nabi Muhammad ‘Alaihimushshalatu wassalam). Dan kata qîl memada mereka itu masuk agama itu sebelum dimansukhkan, (sama ada mereka itu masuk lepas diubah-ubah agama itu atau sebelum diubah-ubah akannya).”Berkata Al-‘Allâmah pengarang Fath AI-Mu’în: “Maka halal nikah dengan perempuan bangsa Israel serta makruh dengan syarat tiada diketahui mana-mana datuk laki-Iakinya masuk dalam agama itu (yakni agama Musa atau agama Isa) sesudah dibangkitkan Nabi Isa ‘Alaihissalam, sekalipun diketahui masuk datuknya itu dalam agama itu sesudah diubah agama itu, dan halal nikah dengan perempuan yang lain daripada perempuan bangsa Israel dengan syarat diketahui mana-mana datuk laki-Iakinya masuk dalam agama itu sebelum dibangkitkan (Nabi Isa jika mereka masuk agama Musa atau sebelum dibangkitkan Nabi Muhammad jika mereka itu masuk agama Isa ‘Alaihimushshalatu wassalam) sekalipun sesudah agama itu diubah, jika kiranya mereka menjauhi perkara¬perkara yang diubah-ubah itu.”Dari nash-nash kitab Al-Minhâj dan Fath Al-Mu’în di atas tadi, bahawa kita dapat ketahui, jika orang yang menyembelih sembelihan binatang yang halal itu, bahawa ia seorang daripada keturunan Israel yakni keturunan zuriat Nabi Allah Ya’'akub 'Alaihissalam maka disyaratkan tiada diketahui mana-mana seorang datuk laki-Iakinya masuk agama Musa selepas dimansukhkan agama itu dengan dibangkitkan Nabi Isa atau tiada diketahui mana-mana datuk laki-Iakinya masuk agama Isa selepas dimansukhkan agama itu dengan dibangkitkan Nabi kita Sayyidina Muhammad ‘Alaihimushshalatu wassalam atau dengan ‘ibarat yang lain apabila diketahui dengan yakin bahawa yang menyembelih itu seorang bangsa Israel maka halal sembelihannya kepada kita selagi tiada diyakinkan mana¬-mana datuk laki-lakinya masuk agama Musa lepas dibangkitkan Nabi Isa atau masuk agama Isa lepas dibangkitkan Nabi kita Sayyidina Muhammad ‘Alaihimushshalatu wassalam.Jika yang menyembelih itu bukan seorang bangsa Israel, maka jika diketahui mana-mana seorang datuk laki-lakinya, masuk agama Musa sebelum dimansukhkan agama Musa itu dengan dibangkitkan Nabi Isa sekalipun agama Musa itu telah diubah, dengan syarat mereka itu menjauhi akan perkara-perkara yang diubah itu, atau jika diketahui mana seorang datuk laki -lakinya, masuk agama Isa sebelum agama Isa itu dimansukhkan dengan dibangkitkan Nabi kita Sayyidina Muhammad ‘Alaihimushshalatu wassalam sekalipun agama Isa itu telah diubah, dengan syarat mereka itu menjauhi akan perkara¬perkara yang diubah itu, maka halal sembelihan yang disembelih orang Ahli Kitab yang demikian atau begitu sifat dan keadaannya dan jalan bagi mengetahui mana-mana seorang datuk laki-lakinya masuk mana-mana agama Musa atau agama Isa bagaimana yang dihuraikan di atas tadi, ialah dengan jalan tawâtur yakni sekata orang berkata begitu atau dengan dua saksi yang bersifat ‘adâlah mengikut bab Syahâdah atau saksi padahal kedua-dua saksi itu telah masuk agama Islam.Dari itu mana-mana orang yang diketahui masuk agama Musa atau agama Nashrani sesudah dibangkitkan Nabi kita Sayyidina Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam. Maka tiadalah halal sembelihan yang disembelih oleh mereka itu dan menurut tarikh Islam bahawa orang Russia itu masuk agama Nashrani pada kurun-kurun yang terkemudian, setelah dibangkitkan Nabi kita Sayyidina Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam.Adapun sembelihan-sembelihan orang yang lain daripada Ahli Kitab seperti orang yang masuk agama Yahudi atau agama Nashrani sesudah dibangkitkan Nabi kita Sayyidina Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam, atau orang Majusi atau orang yang tiada beragama dengan sesuatu agama atau orang murtad atau orang. menyembah berhala atau lembaga maka tiada halal sama sekali kerana sembelihan itu telah menjadi bangkai, atau binatang itu disembelih dengan keadaan tiada mengikut cara syara’ Islam atau binatang itu mati dengan dipukul atau dipangkung atau dimasukkan kuasa karan eletrik padanya atau orang yang menyembelih itu ketika ia menyembelih binatang itu ia berkata saya sembelih binatang ini dengan nama AI-Masîh atau nama Isa umpamanya, maka tiadalah halal binatang itu pada semua keadaan itu, kerana ia telah menjadi bangkai. Ketahuilah bahawa menyembelih cara syara’ itu ialah memotong semua dan segala halqûm dan erti halqûm itu tempat keluar masuk nafas serta memotong marî’ (مرىء ) yakni segala dan semua lubang lalu makanan dan minuman yang ada ia di sebelah bawah dari halqûm itu dengan sekaligus terus menerus, tiada dengan beberapa gus kerana binatang itu akan menjadi haram, dan bila tinggal sesuatu dari halqûm dan dari marî’ itu maka tiadalah halal sembelihan itu dan sembelih itu mestilah dengan suatu perkakas yang memotong seperti pisau dan parang.Oleh yang demikian jika ada didapati segala syarat-syarat pada menyembelih binatang, dan ada segala syarat-syarat pada orang yang menyembelih dan jika ia daripada orang Ahli Kitab, mestilah ada segala syarat-syarat pada orang yang dinamakan Ahli Kitab itu sama ada ia beragama Yahudi atau beragama Nashrani. Maka sembelihan mereka itu pada negeri-negeri Eropah atau negeri-negeri Barat adalah halal kepada kita orang Islam.Ini menurut mazhab Al-Imam AI-Syafi’'e Radhiallahu ‘anhu.Dan menurut mazhab-mazhab yang lain daripada mazhab kita Syafi’e dan saya bawa mazhab-mazhab yang lain itu di sini sebagai pertunjuk dan penerangan dan bukan sebagai fatwa, dan ringkasan pada mazhab-mazhab yang lain itu: Bahawa halal sembelihan orang Ahli Kitab Yahudi atau Nashrani, jikalau diketahui sekalipun ketika ia menyembelih ia menyebut yang lain daripada nama Allah ialah mengikut pendapat setengah-setengah ulama yang besar, dan halal sembelihan orang Ahli Kitab jika tiada didengar waktu ia menyembelih ia menyebut nama yang lain daripada nama Allah, bersalahan apabila didengar ia menyebut nama yang lain daripada nama Allah, maka haram sembelihan itu. Dan sembelihan Ahli Kitab itu apabila tiada diketahui dia menyebut nama Allah ketika menyembelihnya, atau ia tiada sebut nama Allah ketika menyembelihnya maka halal sembelihan itu dengan ittifaq ulama padanya.Berkata Al-Imam Al-Nawawi Radhiallahu ‘anhu dalam Matan Al-Minhâj: “Barangsiapa takutkan dirinya akan mati, atau takutkan kena penyakit yang menakutkan (dan ia tiada dapat yang halal) dan hanya dia dapat benda yang haram, maka mestilah ia makan (atau minum akannya yang lain dari arak) padahal ia bukan orang belayar kerana berbuat maksiat, dan kata qîl harus ia makan yang haram itu, dan jika ia sangka dapat yang halal dalam tempoh yang singkat, maka tiadalah hams ia makan melainkan sekadar menutup kelemahan lapar, dan jika ia tiada sangka dapat dalam tempoh yang singkat, maka menurut suatu qaul ia harus makan yang haram dengan kenyang, tetapi menurut qaul yang lebih azhhâr ia makan sekadar menutup kelemahan lapar sahaja, dikecualikan jika ia takut binasa dirinya kalau ia makan sekadar menutup kelemahan lapar sahaja”Menurut nash kitab Al-Minhâj yang di atas tadi, jika seseorang dalam pelayaran yang jauh dan ia telah kehabisan makanan yang halal, dan ia tiada dapat sesuatu makanan atau buah-¬buahan atau binatang yang halal dan seumpamanya, hanya ia dapat babi dan ia takut mati atau takut dapat sakit yang menakuti atau yang merbahaya dengan tiada makan, maka diharuskan ia makan babi itu sekadar menutup kelemahan lapar, supaya dapat ia meneruskan perjalanan ke tempat yang ada makanan yang halal. Dan jika perjalanan itu jauh dan ia akan dapat kelemahan kiranya ia makan sekadar menutup kelemahan lapar, maka harus ia makan babi dengan kenyang bagi meneruskan perjalanan ke tempat mendapat makanan atau minuman yang halal.Tuan penyoal telah berkata binatang yang halal di negeri¬-negeri Barat itu tiada disembelih dan dari itu binatang yang halal yang tiada disembelih mengikut sembelih cara syara’ Islam adalah ia bangkai dan bangkai menurut Al-Qur’an adalah haram dimakan dan dosa besar.Oleh yang demikian penuntut Islam yang berdagang atau tinggal di negeri Barat dan Eropah adakah boleh mereka itu makan binatang yang halal seperti lembu, kerbau, kambing, ayam, itik, angsa dan merpati, tetapi binatang-binatang itu disembelih tiada mengikut sembelih pada syara’ Islam. Jawabnya sudah tentu tiada diharuskan bagi penuntut-penuntut yang tinggal di negeri Barat atau Eropah itu makan sembelihan yang tiada disembelih mengikut syara’ kerana binatang itu telah menjadi bangkai, dan agama Islam mengharuskan makan bangkai atau makan daging babi atau lemak babi atau kepala babi atau sup babi atau kuah babi sebab tiada dapat sesuatu makanan yang halal, dalam keadaan lapar dan takut mati atau takut kena penyakit yang menakutkan padahal di negeri Eropah atau Barat itu boleh didapati makanan yang halal dari ikan, udang, ketam, mentega, keju, susu lembu, telur, minyak dari tumbuh-tumbuhan, atau minyak dari kerbau atau kambing dari binatang yang halal, atau minyak sapi buatan atau marjerin yang dibuat dari minyak tumbuh-tumbuhan yang tiada dibuat atau dicampurkan dengan lemak babi atau lemak bangkai atau biskut, kuih, kek yang tiada dimasak dengan lemak babi atau lemak bangkai atau biji-bijian dan kacang-kacang yang tiada digoreng dengan lemak yang haram atau roti yang tiada disapu dengan lemak bangkai itu.Mereka itu boleh dapat sayur-sayur dan biji-biji yang sudah dimasak dalam tin atau belum dimasak dan boleh dapat segala makanan yang halal, oleh yang demikian penuntut-penuntut itu tiadalah harus dii’tibârkan orang-orang yang takut mati atau takut kena penyakit yang menakutkan dengan sebab tiada makan bangkai dari binatang yang halal yang disembelih tiada mengikut syara’ Islam. Dan sebab penuntut-penuntut itu bukanlah mereka termasuk di bawah erti kata firman Allah Ta'ala dalam surah AI-Baqarah, ayat 173:فَمَنِ اضْطُرَّ غَيْرَ بَاغٍ وَلَا عَادٍ فَلَا إِثْمَ عَلَيْهِ إِنَّ اللهَ غَفُوْرٌ رَّحِيْمٌTafsirnya: "Maka barangsiapa yang terpaksa dan mudhtharr yang takut dirinya mati atau kena penyakit yang merbahaya ketika dalam kebuluran, hal keadaannya tiada merusuh melawan umat Islam dan tiada ia melampaui hukum syara’ dengan merompak, maka tiadalah di atasnya dosa kiranya ia makan benda-benda yang haram, kerana bahawasanya Allah itu Tuhan yang Maha Pengampun ke atas orang yang mengikut jalan Allah, lagi la Tuhan Yang Maha Pengasihan ke atas orang-orang yang ta ‘at setia kepadaNya dengan mengharuskan makan benda yang haram waktu dalam keadaan terpaksa dan kebuluran dan lapar sangat itu diketika tiada dapat makanan yang halal. “Ayat yang tersebut ini telah ditafsir dan diterangkan hukum-¬hukumnya oleh Al-Imam Al-Nawawi dalam kitab AI-Minhâj bagaimana saya sebutkan nashnya di atas ini. Allah Ta’ala telah sebutkan pada mengharamkan bangkai dan babi dan segala suku-sukunya pada 3 (tiga) ayat dalam 3 surah Al-Qur’an dalam surah Al-Baqarah dan surah Al-Mâ'idah dan surah Al-An’âm dan juga dalam surah Al-Nahl.Dan dalam surah Al-Mâ’idah Allah Ta’ala telah mengharamkan di atas umat Islam memakan bangkai, dan darah yang mengalir, dan babi dan segala suku-sukunya, dan haram sembelihan yang disebutkan nama lain dari nama Allah ketika menyembelihnya, kerana orang-orang Arab Jahiliyah menyebutkan nama-nama berhala yang disembah oleh mereka itu ketika menyembelih binatang, dan haram binatang yang mati dengan cekik, dan binatang yang mati dengan dipukul dan dipangkung, dan binatang yang mati dengan sebab jatuh dari tempat tinggi atau ke dalam lubang, dan binatang yang mati dengan sebab bertanduk, dan binatang yang mati dengan dimakan oleh binatang buas, dikecualikan lima jenis binatang¬-binatang itu ada nyawa lagi dan boleh dan dapat bergerak dengan sendirinya dan dapat kamu sembelih akan dia.Maka enam jenis binatang di atas ini termasuk di bawah erti kata bangkai, dan Allah terangkan satu persatunya sebagai suatu penerangan yang lanjut dan lebih jelas, dan Allah haramkan juga binatang yang disembelih dengan tujuan kerana memuliakan dan menghormatkan berhala dengan tiada disebutkan nama berhala itu ketika menyembelih.Dan Allah haramkan juga minta menentukan pada hendak membuat sesuatu perkara dengan mencabut anak -anak panah yang tujuh yang bertulis yang dijaga oleh pelayan Ka’bah, kerana orang-orang Arab Jahiliyah jikalau mereka hendak belayar atau berniaga atau nikah atau mereka berbalah-balah dalarn perkara nasab atau perkara perbunuhan atau membayar diah (ganti rugi) dan lain-lain perkara-perkara yang besar, mereka pergi pada berhala Hubal di Ka'bah dengan membawa seratus dirham diberikannya kepada pelayan penjaga anak¬-anak panah itu, supaya ia memusing-memusingkan anak-anak panah itu dan mencabutnya.Allah melarang mencabut anak-anak panah itu sebab sebagai beradu nasib, kerana bertilik dengan anak -anak panah itu suatu fisq dan keluar dari ta’at kepada Allah kerana ia menyentuh perkara ilmu ghaib dan ilmu ghaib itu tiada mengetahuinya melainkan Allah, dan menyentuh perkara ilmu ghaib dan meyampuknya adalah haram dan berdosa.Kemudian Allah menerangkan lagi bahawa barangsiapa dalam keadaan takut mati atau kena penyakit yang merbahaya ketika dalam suatu kebuluran dan lapar yang sangat dan ia tiada cenderung hati dan ia tiada sengaja berbuat derhaka seperti merusuh ke atas umat Islam dan merompak dan ia terpaksa makan benda-benda yang haram, maka harus baginya makan benda yang haram itu. Demikianlah tafsir dan tujuan dalam ayat 3 yang terse but dalam surah AI-Mâ’idah itu dengan ringkas.Firman Allah dalam surah Al-Baqarah, ayat 172 dan 173:يَأَيُّهَا الَّذِيْنَ ءَامَنُوْا كُلُوْا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ وَاشْكُرُوا لِلهِ إِنْ كُنْتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُوْنَ* إِنَّمَا حَرَّمَ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةَ وَالدَّمَ وَلَحْمَ الْخِنْزِيْرِ وَمَا أُهُلَّ لِغَيْرِ اللهِ فَمَنِ اضْطُرَّ غَيْرَ بَاغٍ وَلَا عَادٍ فَلَا إِثْمٌ عَلَيْهِ إِنَّ اللهَ غَفُوْرٌ رَّحِيْمٌ(سورة البقرة:172-173) Tafsirnya: "Hai mereka yang beriman, makanlah kamu akan benda-benda yang halal yang telah Allah sediakan bagi kamu, dan mengucaplah kamu syukur kepada Allah Ta’ala kerana telah menjadikan benda-benda yang halal kepada kamu, kiranya kamu betul-betul menyembah dan mengesa akan Dia. Hanya sanya la (Allah) telah mengharamkan di atas kamu makan bangkai (dan suku-suku binatang yang dipotong dari binatang ketika binatang itu hidup dikecualikan ikan dan belalang bagaimana yang telah dinyatakan aleh suatu hadis). Dan darah yang mengalir, dan daging babi yakni segala babi dan dagingnya, dan sembelihan yang disebutkan nama yang lain dari nama Allah, kerana penyembah berhala menyebu/ nama berhala ketika menyembelih binatang, maka barangsiapa terpaksa makan benda-benda yang haram yang tersebut itu hal keadaannya tiada merusuh ke atas umat Islam atau ia tiada melampaui ke atas umat Islam dengan merompak padahal ia dalam kebuluran, maka tiadalah berdosa ia makan benda-benda yang haram yang tersebut itu, kerana bahawasanya Allah Yang Maha Pengampun dan fang Maha Kasihan. "(Surah AI-Baqarah: 172-173)Ulama fiqh berkata: “Jika orang mudhtharr atau terpaksa itu belayar kerana berbuat maksiat, maka tiadalah haruss ia makan atau minum yang haram itu, dikecualikan ia berhenti dan bertaubat dari maksiat itu dan seumpamanya orang murtad dan yang meninggalkan sembahyang dan merompak, dan berkata Al-Imam Ibnu Hajar dan Al-Ramli orang mudhtharr ialah orang yang ma’shûm yang takut berlaku sesuatu yang mengharuskan ia bertayammum.”Maka hendaklah penuntut atau orang-orang Islam yang tinggal di negeri Eropah dan Barat atau ada dalam kapal-kapal laut atau udara atau dalam hotel atau restoran dan kedai makan yang bukan Islam berhati-hati dan bercermat dalam perkara agamanya dan memilih yang halal pada makan minum dan pada menggunakannya.Ringkasannya: Binatang yang tiada disembelih mengikut sembelihan Islam adalah ia bangkai. Sembelihan orang Ahli Kitab daripada bangsa Israel dan erti “Isra” itu hamba dan erti “el” itu Allah, dan Israel itu Nabi Allah Ya’kub ‘Alaihissalam, jika kiranya tiada diketahui mana-mana seorang datuk laki¬lakinya masuk agama Musa lepas dibangkitkan Nabi Isa atau masuk ia akan agama Isa lepas dibangkitkan Nabi kita Muhammad ‘Alaihimushshalatu wassalam sekalipun diketahui agama itu telah diubah-ubah.Dan jika orang Ahli Kitab bukan bangsa Israel, maka jika kiranya diketahui mana-mana seorang datuk laki-lakinya masuk agama Musa sebelum dibangkitkan Nabi Isa atau masuk agama Isa sebelum dibangkitkan Nabi Muhammad ‘Alaihimushshalatu wassalam sekalipun agama-agama itu telah diubah dan mereka itu menjauhi perkara-perkara yang diubah¬-ubah itu maka halal sembelihan mereka itu.Dan penuntut-penuntut yang tinggal di negeri Barat itu, tiadalah harus memakan bangkai binatang yang tiada disembelih itu, kerana mereka itu bukan orang yang takut mati atau takut kena penyakit yang merbahaya dari sebab kebuluran, tiada dapat makan makanan yang halal kerana makanan yang halal itu banyak dan bermacam-macam di negeri Barat itu.Hendaklah diketahui bahawa arak itu bukan minuman dan bukan ubat hanya ia racun pada akal dan badan bagaimana yang difahamkan dari hadis-hadis, dan babi itu diharamkan Allah Ta'ala kerana ada rahsia-rahsia dan hikmah-hikmah, setengah daripadanya bawaan kelakuan perangai dan keadaan daging dan lemak binatang itu. Berkata Al-Imam Al-Khathib Al-Syarbini dalam tafsirnya, pengarang Syarh Al-Mughni ‘ala Al-Minhâj: "Bahawa kelakuan babi itu sangat membabi buta pada kejahatan, dan tiada cemburu pada betina yang membawa jangkit tabiat itu kepada orang yang memakan binatang itu. Fatwa ini berdasarkan beberapa kitab tafsir dan kitab-kitab fiqh.

No comments: