Friday 1 May 2009

Menghadiri Upacara Kematian Orang Bukan Islam Di Dalam Gereja

Menghadiri Upacara Kematian Orang
Bukan Islam Di Dalam Gereja
بسم الله ، والحمد لله ، والصلاة والسلام على رسول الله ، وعلى آله وصحبه ومن والاه
(Dengan na`ma Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)
Islam adalah agama kesejahteraan dan toleran dalam perkara sosial
dan kemasyarakatan. Walau bagaimanapun ia sangat keras dan
tegas dalam soal menjaga dan mempertahankan akidah. Dalam hal
muamalah umpamanya, orang Islam diperintahkan berbuat baik
ketika bermuamalah dengan orang bukan Islam selama mana orang
bukan Islam itu dari kalangan orang-orang yang bukan memerangi
Islam dan selama mana muamalah itu tidak merosakkan akidah
Islamiah dan tidak pula menghalalkan yang haram atau
mengharamkan yang halal.
Ini telah dijelaskan dalam firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:
βr& öΝä.Í≈tƒÏŠ ⎯iÏΒ /ä.θã_Íøƒä† óΟs9uρ È⎦⎪dω9$# ’Îû öΝä.θè=ÏG≈s)ムöΝs9 t⎦⎪Ï%©!$# Ç⎯tã ª!$# â/ä38yγ÷Ψtƒ ω
t⎦⎫ÏÜÅ¡ø)ßϑø9$# =Ïtä† ©!$# ¨βÎ) 4 öΝÎκös9Î) (#ûθäÜÅ¡ø)è?uρ óΟèδρ•y9s?
( (سورة الممتحنة: 8
Tafsirnya: “Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik
dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu
kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari
kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orangorang
yang berlaku adil.”
(Surah al-Mumtahanah: 8)
Perintah berbuat baik kepada sesama orang Islam meliputi segenap
hal, termasuklah menghadiri kematiannya, menguruskan
jenazahnya sehinggalah selesai dikebumikan. Namun terhadap
orang-orang bukan Islam tidak pula begitu halnya. Syariat Islam
telah menentukan batas dan had berbuat baik dengan orang bukan
Islam. Antaranya membataskan hukum harusnya menghadiri
upacara kematian orang bukan Islam dengan syarat-syarat tertentu,
umpamanya menghadiri majlis pengebumian orang bukan Islam
adalah diharuskan oleh syara‘ jika mereka mempunyai hubungan
keluarga dengan si mati seperti bapa, ibu dan adik-beradik atau
hubungan rapat dengannya iaitu jiran atau teman, dan hendaklah
tidak mengikut mana-mana perbuatan atau perkara yang dilakukan
oleh orang bukan Islam ketika majlis pengebumiannya.
Persoalan yang ditimbulkan ialah mengenai dengan menghadiri
upacara kematian keluarga bukan Islam yang diadakan di dalam
gereja. Apakah orang Islam boleh memasuki gereja? Dan apakah
pula hukum menghadiri kematian keluarga bukan Islam di dalam
gereja itu?
Hukum Memasuki Gereja
Pada kebiasaannya, para penganut Kristian mengadakan upacaraupacara
khas keagamaan di dalam gereja seperti upacara perayaan
Krismas, pembaptisan, perkahwinan, kematian dan yang
seumpamanya.
Menurut para ulama Syafi‘eyah, hukum memasuki gereja itu harus
(boleh) dengan syarat-syarat berikut:
i. Mendapat keizinan atau kebenaran untuk masuk daripada
pihak gereja.
ii. Tidak terdapat gambar-gambar yang dimuliakan oleh orangorang
Nasrani di dalam gereja tersebut, seperti gambar atau
patung yang disangkakan sebagai gambar Nabi Isa
‘Alaihissalam (yang dianggap oleh mereka sebagai anak
Tuhan), Sayyidatina Maryam dan lain-lain.
Perkara ini disebut oleh Imam Ibnu Hajar Rahimahullah dalam
kitab Tuhfah al-Muhtaj, tidak harus bagi seorang muslim
memasuki gereja kecuali dengan ada keizinan daripada pihak
gereja dan di dalamnya tidak terdapat gambar-gambar yang
dimuliakan oleh mereka kecuali gambar-gambar yang diukir pada
batu-batu yang dihampar di lantai.
Disyaratkan juga perbuatan masuk ke dalam gereja itu tidak akan
membawa kesan cenderung atau mengiktiraf ajaran gereja atau
akan membawa dia mempersendakan Islam bersama-sama orang
kafir sehingga boleh merosakkan aqidahnya.
Oleh yang demikian, jika syarat-syarat ini tidak dapat dipenuhi,
maka tidak harus bahkan haram memasuki gereja.
Menghadiri Kematian Keluarga Di Dalam Gereja
Jika seseorang itu datang ke gereja untuk menghadiri upacara
kematian seseorang bukan Islam yang terdiri daripada kaum
keluarga kepada orang Islam tersebut seperti ibu, bapa, adik
beradik atau ada hubungan rapat iaitu jiran atau teman, maka
hukumnya adalah harus selama mana dia tidak menyertai upacara
keagamaan yang khusus bagi orang bukan Islam, di samping
menjaga syarat-syarat yang membolehkan masuk ke gereja
sebagaimana yang disebutkan terdahulu.
Manakala menghadiri upacara kematian orang bukan Islam yang
bukan terdiri daripada kaum keluarga atau tidak mempunyai
hubungan rapat iaitu bukan jiran atau teman adalah haram, sama
ada di dalam gereja, di rumah mahupun di tanah perkuburan.
Kesimpulannya, Islam amat tegas dalam soal menjaga akidah. Di
samping perintah berlemah lembut dan toleran terhadap orangorang
bukan Islam, orang Islam juga diperintahkan untuk terus
menjaga akidah agar tidak terpengaruh dengan kepercayaankepercayaan
yang bertentangan dengan Islam. Orang Islam tidak
dilarang menghadiri kematian orang bukan Islam yang terdiri
daripada kaum keluarga, jiran atau teman sekalipun di gereja
asalkan memenuhi syarat-syarat yang membolehkan memasuki
gereja.

No comments: