Saturday 2 May 2009

BERHATI-HATILAH! Pinggan-mangkuk daripada tulang

Di zaman sekarang, tidak dinafikan bahawa sebahagian pengguna
amat mementingkan kualiti dalam memilih barang-barang
keperluan harian. Mereka sanggup berbelanja lebih pada barang
yang berkualiti dengan menilai bahawa barang-barang berjenama
adalah barang-barang yang baik dan berkualiti tinggi. Pemilihan
barang-barang berjenama, bukan sahaja dari segi pakaian malahan
juga dari segi perhiasan rumah mahupun peralatan yang digunakan
seharian, termasuklah peralatan dapur seperti pinggan-mangkuk.
Apa yang menjadi persoalan dengan jenama pinggan-mangkuk
yang berkualiti dan mahal yang berada di pasaran pada masa kini
ialah ada di antaranya yang diperbuat daripada abu tulang.
Dikatakan bahawa eleman yang terpenting di dalam pembuatan
pinggan-mangkuk itu ialah 50% daripadanya adalah abu tulang
binatang di samping campuran bahan yang lain seperti 25%
daripada tanah liat dan 25% daripada batu.
Memandangkan abu tulang binatang adalah antara bahan asas
dalam pembuatan pinggan-mangkuk, maka perkara yang perlu
diambil perhatian ialah memastikan bahawa tulang tersebut adalah
suci. Bagaimanakah cara memastikan bahawa tulang yang
digunakan dalam menghasilkan sesuatu benda seperti pingganmangkuk
itu suci? Ada dua cara dalam Islam untuk memastikan
bahawa tulang itu suci, iaitu memastikan dari jenis binatang
apakah tulang itu diambil, dan hendaklah binatang yang diambil
tulangnya itu disembelih mengikut hukum syara‘.
Ini bermakna tulang yang suci itu akan membawa kepada benda
yang suci yang terhasil daripadanya. Jika sebaliknya, bahawa
tulang itu tidak suci, umpamanya tulang itu daripada binatang yang
tidak halal dimakan atau daripada binatang yang
penyembelihannya tidak mengikut hukum syara‘, maka tulang itu
tidaklah dikira suci dan begitu juga benda yang terhasil
daripadanya.
Dalam perkara ini, Imam an-Nawawi Rahimahullahu Ta‘ala
berkata di dalam kitabnya Raudhah ath-Thalibin:
 وَأما ْالإناءُ م  ن ْالع َ ظ ِ م، َفإ ْ ن كَا َ ن طَا  هرا، جا  ز إ  ست  ع  ماُله،  وِإلاَّ َف َ لا. وطَها  رته
َ لاتحصلُ ِإلاَّ ِبالذَّ َ كاة فى مْأ ُ ك  و ِ ل الَْلح ِ م.
Ertinya: Dan adapun bejana dari tulang, maka jika ia suci,
menggunakannya adalah harus, dan jika ia tidak suci, maka tidak
harus (menggunakannya). Dan kesucian bejana tersebut tidak
akan diperolehi kecuali dengan penyembelihan pada binatang
yang boleh dimakan dagingnya.
Mengenal suci atau najis sesuatu bejana yang diperbuat daripada
tulang adalah tertakluk kepada bagaimana keadaan binatang yang
diambil tulangnya itu.
1. Jika abu tulang tersebut berasal dari babi atau anjing, maka
haram menggunakannya kerana babi dan anjing itu adalah
binatang yang jelas najis dan haram dalam Islam. Oleh itu,
semua barangan yang berasal dari babi dan anjing itu juga
adalah haram secara mutlak.
2. Begitu juga abu tulang yang diambil dari binatang yang boleh
dimakan dagingnya, tetapi ia mati tanpa disembelih secara
syara‘ atau daripada binatang yang tidak dapat dimakan
dagingnya sama ada ia disembelih mengikut syara‘ ataupun
sebaliknya, maka hukum binatang berkenaan adalah bangkai
dan hukum tulangnya juga adalah najis. Dalam keadaan
sedemikian, semua bahagian anggota badannya dihukumkan
najis kecuali kulitnya yang telah disamak.
3. Jika abu tulang tersebut diambil dari binatang yang boleh
dimakan dagingnya dan ia telah disembelih mengikut syara‘,
maka hukumnya adalah suci dan semua bahagian daripada
binatang tersebut juga adalah suci. Bahagian-bahagian tersebut
boleh digunakan dan dimanfaatkan tanpa ada keraguan.
Bersasarkan keterangan tadi, dapat difahami bahawa abu tulang
yang dikatakan suci itu ialah abu tulang yang diambil dari binatang
yang boleh dimakan dagingnya dan disembelih mengikut hukum
syara‘.
Walau bagaimanapun, untuk memastikan bahawa tulang tersebut
adalah diambil daripada binatang yang boleh dimakan dan
disembelih mengikut syara‘, adalah suatu perkara yang sukar
kerana pinggan-mangkuk yang diperbuat daripada abu tulang ini
telah dihasilkan dari berbagai negara dengan jenama yang
berlainan. Dalam hal ini, jika kita yakin dan dapat memastikan
bahawa abu tulang tersebut adalah suci, maka harus hukumnya
menggunakannya dan jika sebaliknya, maka tidak harus
menggunakannya.
Namun, jika wujud keraguan atau kesamaran pada abu tulang
binatang berkenaan sehingga menimbulkan was-was, maka
pemakaian pinggan-mangkuk tersebut hendaklah dielakkan, kerana
penggunaan pinggan-mangkuk itu adalah syubhah. Hukum
menjauhi perkara syubhah itu merupakan suatu kewajipan demi
memelihara agama dan diri dari termasuk ke dalam perkaraperkara
yang ditegah dan memudharatkan. Rasulullah Shallallahu
‘alaihi wasallam pernah bersabda:
َالْ  ح َ لالُ بي  ن،  وْا َ لحرام بي  ن،  وبين  ه  ما مشبها  ت َ لا ي  عَل  م  ها َ كثير م  ن النا ِ س، َف  م ِ ن
اتَقى ْاُلمشبها  ت استبرَأ ل  ديِنه  و  عر  ضه،  ومن  وَق  ع فى ال  شبها  ت كَرا ٍ ع ي  ر  عى
 حو َ ل ْا  لح  مى، يو  شك َأ ْ ن يواقعه ...
(رواه البخاري)
Maksudnya: Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram
juga jelas (terang) dan di antara keduanya terdapat
perkara-perkara yang meragukan (samar), ia tidak diketahui
(hukumnya) oleh kebanyakan manusia, maka sesiapa yang
memelihara (dirinya daripada) segala kesamaran itu,
sesungguhnya dia telah memelihara agamanya dan
kehormatannya. Dan sesiapa yang melakukan atau membuat
perkara yang meragukan (kesamaran), jatuhlah dia ke dalam yang
haram, seperti seorang pengembala yang mengembala di
sekeliling kawasan larangan, hampir sangat (ternakannya) makan
di dalamnya…
(Hadis riwayat al-Bukhari)
Sementara dalam hadis yang lain, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi
wasallam bersabda daripada Abu Haura Assa‘diyyi berkata:
د  ع ما يِريب  ك ِإَلى ما َ لا يِريب  ك، َفِإنَّ ال  صد  ق طُ  مأِْنينٌة  وِإنَّ ْال  كذْ  ب ِ ريبٌة.
(رواه الترمذى)
Maksudnya: “Tinggalkanlah apa yang meragukanmu kepada apa
yang tidak meragukanmu kerana sesungguhnya kebenaran adalah
ketenangan dan sesungguhnya dusta itu keraguan.”
(Hadis riwayat at-Tirmidzi)
Maka jelaslah, pinggan-mangkuk yang harus penggunaannya itu
hanyalah pinggan-mangkuk yang diperbuat daripada abu tulang
yang suci yang diambil daripada binatang yang boleh dimakan
dagingnya dan disembelih mengikut hukum syara‘, dan tiada
keraguan atau kesamaran pada abu tulang binatang berkenaan.
Oleh itu, berhati-hatilah jika menggunakan pinggan-mangkuk.

No comments: