Tuesday, 3 February 2009

Sembelihan seorang ahli kitab.

http://baheis.islam.gov.my/web/musykil_new.nsf/92be69fae3f225c0482567f1005a8e7b/4d0ca91645dd18194825739c0040ba07?OpenDocument


Soalan
:
Apakah sumber hukum yang membenarkan seorang muslim memakan binatang sembelihan seorang ahli kitab. Jika ada sumber hukum apa kah perbahasan atau pendapat dikalangan ulama dalam isu yang berkaitan dengan nya..
Jawapan
:
Pandangan ulama mengenai hukum sembelihan ahli kitab:- 1-kebanyakan ulama bersepakat mengatakan bahawa memakan sembelihan ahli kitab adalah dibolehkan; yakni halal bagi orang Islam selagi mana ia dari haiwan yang halal di sisi kita atau pun haram di sisi mereka seperti lemak. Pendapat ini mewakili pandangan Syafie, Hanafi dan Hanbali, melainkan imam Malik menegah sembelihan yang diharamkan ke atas mereka. Kerana maksud firman Allah taala ayat 5 surah Al Maidah menyebut makanan yang bererti apa yang dihalalkan di sisi mereka. Pendapat jumhur adalah berdasarkan dalil umum maksud firman Allah taala di dalam surah Al Maidah ayat 5 dan juga sunnah Rasulullah SAW serta sahabat yang memakan sembelihan ahli kitab. 2-Ibn Abbas, Abu Amamah, Mujahid, Said ibn Jabir, 'Ikrimah, 'Atho', dan Al Hassan, Makhul dan Ibrahim Nakhae, Sadi, Muqatil ibn Hayyan bersepakat bahawa maksud 'to'am' di dalam ayat 5 surah al Maidah adalah dikhususkan bagi sembelihan. Berdasarkan maksud ayat menunjukkan halal sembelihan ahli kitab bagi orang Islam. Kerana mereka masih beriktikad dengan hukum haram sembelihan pada selain Allah dan mereka juga tidak menyebut pada sembelihan mereka melainkan dengan nama Allah. Manakala makanan yang lain seperti roti dan seumpamanya adalah harus dalam semua keadaan kecuali makanan itu adalah dari sumber yang haram; seperti tepung yang dicuri dan lain-lain. 3-Imam Syafie berpendapat halal memakan sembelihan ahli kitab dengan syarat; 1-Syarat yang berkaitan dengan penyembelih (zabih) 2-Syarat yang berkaitan dengan haiwan yang disembelih (mazbuh) 3-Syarat yang berkaitan dengan alat sembelihan (alatuzzibh) Pertama-Penyembelih 1)Hendaklah Islam atau pun ahli kitab:--Apa yang dimaksudkan dengan ahli kitab di sini ialah Yahudi dan Nasrani.-Sekiranya penyembelih bukan dari kalangan orang Islam dan tidak juga berupa golongan ahli kitab; samada orang murtad atau penyembah berhala atau atheis (Mulhid) atau Majusi maka tidak halal sembelihan mereka. -Dalil halal sembelihan Muslim berdasarkan dalil dari firman Allah taala di dalam surah Al Maidah ayat 3: "Kecuali apa yang kamu sembelihi". -Dalil halal sembelihan ahli kitab melalui firman Allah taala ayat 5 Surah Al Maidah. -Dalil tidak halal sembelihan selain keduanya berdasarkan hadis Rasulullah >SAW yang melarang memakan sembelihan Majusi dan tidak boleh menikahi wanita >mereka.-Riwayat Al Baihaqi -Begitu juga bagi golongan atheis dan penyembah berhala adalah min bab-aula. 2)Ahli kitab itu bukan dari kalangan mereka yang berpegang dengan ajaran kitab mereka yang telah diselewengkan atau dibuang dan begitu juga dengan keturunan mereka hendaklah dari genarasi yang menganut ajaran kitab sebelum berlaku penyelewengan dan pertukaran. -Maka golongan athies yang memeluk Kristian pada hari ini adalah tidak halal sembelihan mereka dan begitu juga Nasrani atau Yahudi yang berasal dari keturunan golongan penyembah berhala dan seumpamanya kemudian telah memeluk ajaran Kristian setelah berlaku penyelewengan atau sejurus sahaja selepas kerasulan Nabi Muhammad SAW adalh tidak dihalalkan juga sembelihan >mereka. -Syafie berhujahkan dengan dalil daripada riwayat Syahr ibn Husyib bahawa Rasulullah SAW telah melarang daripada memakan sembelihan Nasrani bangsa Arab; seperti golongan Bahra', Tanukh dan Taghlub. -Illah tegahan tersebut kerana mereka memeluk ajaran Nasrani setelah mana berlaku penyelewengan dan perubahan pada ajaran tersebut. 3)Hendaklah sembelihan itu bukan dilakukan selain Allah atau menyebut selain nama Allah taala. -Dalil firman Allah taala: "Dan apa yang disembelih selain Allah dengannya"-Al Maidah:3 -Sekiranya sembelihan itu dilakukan untuk berhala, atau seorang Muslim, atau nabi maka tidak halal sembelihan tersebut. Maka seandainya seorang ahli kitab menyebut dengan nama Al Masih bagi Nasrani pada sembelihannya, atau Yahudi menyebut dengan nama Uzair, tidak halal sembelihan itu kerana dilakukan pada selain Allah dan menyebut selain namaNya. -Di dalam kitab Al Baijuri, Syiekh Ibrahim telah mengatakan bahawa halal sembelihan ahli kitab itu dengan beberapa syarat, iaitu:- i) ahli kitab yang berpegang dengan ajarannya sebelum diubah dan diselewengkan. ii)Sembelihan itu hendaklah dari kalangan ahli kitab yang halal nikah dengan wanitanya. *Penambahan syarat halal nikah bagi wanita ahli kitab ialah hendaklah mereka dari kalangan bani Israel atau sekiranya bukan dari kalangan bani Isreal, keturunannya hendaklah mereka yang menganut ajaran kitab samawi sebelum berlaku pengubahan dan penyelewengan. sekiranya tidak menepati syarat tersebut maka tidak halal perkahwinan tersebut namun sembelihannya tetap halal. KEDUA-Haiwan sembelihan:- 1)Penyembelih hendaklah mengetahui haiwan yang ingin disembelih adalah masih hidup. 2)Memutuskan halqum dan urat semerih; halqum saluran pernafasan, urat semerih adalah saluran makanan.Sekiranya masih ada salah satu antara keduanya maka sembelihan tidak halal. Riwayat Bukhari dan Muslim; daripada Rafie ibn Khadij r.a. berkata; Rasulullah SAW bersabda maksudnya:"Apa (sembelihan) yang mengalir darah dan disebut nama Allah padanya maka makanlah ia selagi tidak menggunakan gigi dan kuku". Syarat pada sembelihan menurut Syafie hendaklah apa yang mengalir darahnya dan keadaan itu berlaku setelah mana terputusnya halqum dan urat semerih dan kematian adalah berlaku dengan terputus keduanya. 3)Bersegera dan dengan sembelihan yang sekali iaitu sekira-kira tidak Ketiga-Alat sembelihan:- 1)Apa yang boleh melukakan dengan sebab tajam samada besi, tembaga, peluru, buluh, kaca, batu dan seumpamanya. Maka tidak sempurna sembelihan >menggunakan lemparan batu yang tidak tajam. Kerana alat sembelihan itu >hendaklah yang dapat mengalirkan darah. 2)Alat sembelihan tidak menggunakan kuku dan gigi sekalipun ia melukakan. >Berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:"..bukan kuku dan gigi". Termasuk juga segala bentuk tulang samada tulang manusia atau selainnya. Hikmah pengecualian ini adalah kerana sembelihan merupakan ibadah yang bersifat peribadi/khusus dan bukan kerana suatu sebab atau maslahah.Wallahu a'lam. 4-Riwayat daripada saidina Ali k.w. mengecualikan hukum halal memakan sembelihan nasrani Bani Taghallub (penganut nasrani dari kalangan bangsa arab). 5-Ibn Abbas berpendapat ianya tidak mengapa; halal memakan sembelihan >mana-mana ahli kitab termasuk Bani Taghallub berdasarkan umum maksud ayat, dan Ibn Abbas meriwayatkan juga dihalalkan sembelihan ahli kitan disebabkan >kerana mereka beriman dengan Taurat dan Injil.-riwayat Hakim. 6-Sembelihan hamba sahaya ahli kitab adalah dihalalkan sekalipun >perkahwinan dengan wanita hamba sahaya ahli kitab adalah haram. 7-Segala sembelihan selain daripada ahli kitab (yahudi dan nasrani) adalah tidak halal yakni haram sama sekali memakannya mengikut pendapat jumhur ulama. Seperti haram memakan sembelihan majusi atau penyembah berhala dan >selainnya yang tiada kitab (samawi) bagi mereka. 8-Pendapat Qurtubi; Ibn Abbas mengatakan bahawa maksud firman Allah taala: "Dan janganlah kamu memakan daripada apa-apa (sembelihan) yang tidak disebut nama Allah ke atasnya", dinasakhkan dengan maksud firman Allah taala: "Dan makanan (sembelihan) golongan yang diberikan kitab (ahli kitab) adalah halal bagi kamu". Ahli kitab bermaksud Yahudi dan Nasrani, sekalipun nasrani menyebut pada sembelihannya; 'dengan nama al maseh', atau yahudi menyebut; 'dengan nama uzair' kerana mereka melakukan sembelihan itu dengan mengikut pegangan dan hukum agama mereka.-Wallahu a'lam. 9-'Atha' mengatakan halal memakan sembelihan nasrani sekalipun ia menyebut dengan nama al maseh pada sembelihannya. berdasarkan keharusan Allah pada >halal memakan sembelihan ahli kitab. 10-Abi Darda' pula berpendapat halal memakan sembelihan ahli kitab sekalipun ia menyebut pada sembelihan itu dengan nama 'sarjis' (nama gereja). 11-Sebahagian yang lain pula berpendapat apabila didengari ahli kitab menyebut pada sembelihannya selain nama Allah (samada al maseh atau uzair >atau nama gereja) maka tidak boleh dimakan sembelihan itu. berdalilkan maksud firman Allah taala dalam surah Al Anaam:121: "Dan janganlah kamu memakan daripada apa-apa (sembelihan) yang tidak disebut nama Allah ke atasnya". 12-Imam Malik pula berpendapat bahawa memakan sembelihan ahli kitab yang disebut padanya selain nama Allah adalah makruh.13-Pandangan Dr Yusuf Al Qardhawi tentang beberapa permasalahan tentang sembelihan ahli kitab: 1)Ahli kitab pada asalnya adalah ahli tauhid maka dirukhsahkan (dibolehkan) orang Islam memakan sembelihan mereka. 2)Halal sembelihan dan pemburuan mereka dengan sebab 3)firman Allah taala di dalam surah Al Maidah ayat 5 membawa maksud yang umum iaitu segala jenis makanan; sembelihan, bijirin dan seumpanya selagi mana ia bukan haram pada ainnya (bahannya) seperti bangkai, darah yang dibekukan dan daging babi. Maka haram dengan ijmak memakannya samada ia dari sembelihan ahli kitab atau orang Islam. 4)Permasalahan sembelihan untuk gereja dan perayaan mereka:i-Apabila tidak didengari mereka menyebut selain nama Allah pada sembelihan itu seperti menyebut al maseh atau uzair, maka sembelihannya >itu adalah halal dimakan. ii-Adapun apabila didengari mereka menyebut selain Allah dengan nama-nama di atas maka sebahagian fuqaha' berpendapat sembelihan itu>adalah diharamkan memakannya kerana ia dari apa yang disembelih selain >nama Allah.iii-Setengah yang lain pula berpendapat ia adalah halal dimakan kerana Allah telah mengharuskan bagi kita makanan mereka dan Dia lebih mengetahui dengan apa-apa yang mereka ucapkan. iv-Abi Darda' ditanya tentang kibas yang disembelih untuk gereja; adakah boleh dimakannya? maka Abi Darda' menjawab: 'Allah taala memaafkan. Sesungguhnya mereka itu adalah ahli kitab dan makanan mereka adalah halal bagi kita begitu juga makanan kita halal bagi mereka'. Lalu ia menyuruh sahabat yang bertanya memakannya. v-Imam Malik pula berpendapat sembelihan untuk gereja dan perayaan >mereka adalah makruh dimakan dan ia tidak haram. Imam Malik memakruhkan sembelihan itu kerana dibimbangi akan termasuk dalam sembelihan yang bukan untuk Allah, dan tidak pula mengharamkannya kerana maksud firman Allah pada surah Al Anaam itu; dinisbahkan bagi golongan ahli kitab, sekiranya ia adalah untuk tuhan-tuhan mereka dengan maksud ibadat maka tidak boleh memakannya. adapun apa yang disembelihinya dan mereka memakannya sebagai makanan mereka maka ia adalah dibolehkan dengan umum maksud firman Allah; "Dan makanan ahli kitab...".Wallahu a'lam. 5-permasalahan sembelihan mereka dengan cara kejutan elektrik dan seumpamanya: i-Al Qadhi Ibn Arabi dalam mentafsirkan maksud surah Al Maidah ayat 5 mengatakan ia adalah dibolehkan walaupun cara sembelihan itu tidak sama dengan cara sembelihan orang Islam. kerana Allah taala telah mengharuskan makanan mereka ke atas kita secara mutlak. tambah beliau lagi apa-apa yang dipandang halal di sisi pegangan agama mereka maka ia adalah halal bagi kita melainkan apa yang mereka dustai terhadap Allah di dalam agama mereka. ii-Sekiranya apa-apa yang mereka makan bukan dengan cara sembelihan seperti melalui cekikan atau menghentak kepala iaitu bukan dengan niat sembelih maka ia dikira sebagai bangkai dan hukumnya adalah haram memakannya. iii-Syarat bagi halal memakan dan mengimpot bahan tenusu dari negara ahli kitab selagi mana ia adalah diiktibarkan sebagai suatu sembelihan yang halal maka ia adalah halal bagi kita berdasarkan umum ayat-walaupun sembelihan itu dengan cara kejutan elektrik dan seumpamanya (yang dianggap cara sembelihan) iv-Adapun bahan tenusu dari negara bukan ahli kitab seperti negara komunis dan seumpamanya maka tidak dibolehkan sama sekali dalam apa keadaan sekali pun. KEDUA Apakah golongan ahli kitab masih lagi wujud dalam dunia hari ini? Inilah persoalannya...ulama sebenarnya pun masih khilaf tentang masalah itu..namun dalam dunia hari ini, bolehkah kita meletakkan jaminan bahawa golongan ahli kitab yang masih berpegang teguh dengan ajarannya yang asal dari kitab Taurat dan Injil itu masih kedapatan lagi.. dari sudut sembelihan memang ia adalah masih dalam tanda tanya...namun dari sudut perkahwinan..kini sudah tiada lagi kriteria-kriteria yang membolehkan seorang lelaki muslim itu mengahwini wanita ahli kitab (?)..kerana di antara syarat dibolehkan mengahwini wanita ahli kitab itu ialah seorang muhsinat; yang menjaga diri daripada perbuatan zina dan menjaga soal kesucian diri, hadas besar dan seumpamanya... sekadar itu maklum balas sebagai perbincangan..apa yang baik dari Allah dan yang kurang dari kelemahan diri ini.. .

No comments: