Tuesday, 3 February 2009

SAKIT: BIMBINGAN MENGHADAPINYA!

Sewaktu menghadapi sakit, sebahagian orang mengeluh dan
berputus asa, lebih-lebih lagi penyakit yang dihidapi itu di
peringkat tiada harapan untuk sembuh. Dalam keadaan begini,
Islam melarang umatnya bersikap demikian, bahkan Islam
menganjurkan supaya terus berubat dan berdoa serta bertawakkal.
Sakit adalah ujian untuk menguji kesabaran. Sakit juga kadangkala
bertindak sebagai penebus dosa atau balasan kepada dosa yang
dilakukan atau untuk mengingatkannya tentang kematian.
Sesungguhnya sakit itu mempunyai hikmat.
Oleh yang demikian, kesakitan yang dihidapi itu sewajarnyalah
dijadikan sebagai medan tarbiah diri untuk memupuk keimanan,
kesabaran, muhasabah diri dan memikirkan segala dosa dan
perkara-perkara salah yang telah dilakukan, seterusnya mengambil
langkah untuk tidak mendekati kesalahan-kesalahan itu lagi.
Bimbingan Ketika Menghadapi Sakit
Islam mengajar dan membimbing umatnya ketika menghadapi
sakit. Antaranya ialah:
1) Sunat bagi orang yang sakit berubat atau mendapatkan rawatan
sebagai salah satu usaha untuk sembuh selain dari bertawakkal
kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala dan redha akan
ketentuanNya.
Diriwayatkan dari Abu Darda’ Radhiallahu ‘anhu, Rasulullah
Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
َاللهُ عَزَّ وَجَلَّ َأنْزَ َ ل الدَّاءَ وَالدَّوَاءَ، وَجَعَ َ ل لِكُلِّ دَاءٍ دَوَاءً، َفتَدَاوَوْا، وَ َ لا
تَدَاوَوْا ِبحَرَاٍم
(رواه البيهقي)
Maksudnya: “Allah ‘Azza wa Jalla menurunkan penyakit dan
penawar (ubat), dan Dia menjadikan bagi setiap penyakit itu
penawar (ubat). Maka berubatlah kamu dan jangan kamu
berubat dengan yang haram.”
(Hadis riwayat al-Baihaqi)
2) Sunat memperbanyakkan ingatan terhadap kematian bagi setiap
mukallaf samada ketika dia berada dalam keadaan sihat lebihlebih
lagi orang yang dalam keadaan sakit. Ini kerana dengan
mengingati mati akan dapat melembutkan hatinya,
mendatangkan rasa takut, meninggalkan kezaliman dan dia
tidak akan melakukan perkara-perkara maksiat atau melakukan
sebarang dosa. Sebaliknya hatinya cenderung untuk
memperbanyakkan melakukan ketaatan.
Hadis yang menyebutkan tentang hukum sunat mengingati mati
itu antaranya riwayat daripada Abu Hurairah Radhiallahu
‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
َأكْثِرُوا ذِكْرَ هَادِِم اللَّذَّاتِ اَلموْتِ
(رواه الحاكم)
Maksudnya: “Perbanyakkanlah mengingati pemusnah
kesenangan iaitu mati.”
(Hadis riwayat al-Hakim)
3) Wajib bagi orang yang sakit itu bertaubat daripada segala
perkara dosa yang pernah dilakukannya. Jika perkara itu
berkaitan dengan hak anak Adam, umpamanya mengambil
barang tanpa pengetahuan tuan empunyanya, maka hendaklah
orang yang sakit itu mengembalikan barang yang diambil itu
kepada tuannya.
4) Sunat bersabar dengan kesakitan atau penderitaan dari sakit
yang dihadapinya. Ini kerana sifat sabar adalah sifat mulia yang
bukan saja dapat mendidik seseorang itu untuk tenang dan tabah
menghadapi dugaan hidup, malahan dapat mendekatkan dirinya
dengan Allah Subhanahu wa Ta‘ala.
Penyakit merupakan satu bentuk ujian yang menimpa manusia.
Ia dianggap sebagai ujian, cubaan dan bala daripada Allah
Subhanahu wa Ta‘ala. Oleh itu seseorang yang ditimpa sakit
perlu menghadapi ujian ini dengan perasaan redha dan sabar
sebagaimana yang diceritakan oleh ‘Atha’ bin Abi Rabah
Radhiallahu ‘anhu, bahawa Ibnu ‘Umar Radhiallahu ‘anhuma
memberitahu mengenai salah seorang calon ahli syurga:
هَذِهِ الْمَرَْأةُ السَّوْدَاءُ، َأتَتِ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عََليْهِ وَسَلَّمَ ،
َفَقاَلتْ: ِإنِّي ُأصْرَعُ، وَِإنِّي َأتَ َ كشَّفُ، فَادْعُ اللَّهَ لِي.
قَا َ ل: ِإ ْ ن شِئْتِ صَبَرْتِ، وََلكِ اْلجَنَُّة، وَِإنْ شِئْتِ دَعَوْتُ اللَّهَ َأ ْ ن يُعَافِيَكِ.
َفَقاَلتْ: َأصِْبرُ. َقاَلتْ: َفِإنِّي َأتَ َ كشَّفُ، فَادْعُ اللَّهَ َأ ْ ن َ لا َأتَ َ كشَّفَ. َفدَعَا
َلهَا
(رواه البخاري ومسلم)
Maksudnya: “Seorang perempuan berkulit hitam, telah datang
kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam.
Lantas perempuan itu berkata: “Sesungguhnya aku diserang
penyakit ayan (sawan babi), dan sesungguhnya aku takut
terbuka auratku (sementara aku tidak sedar). Maka doakanlah
kepada Allah bagi diriku”.
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Kalau
kamu mahu bersabar, bagimu adalah syurga. Dan kalau kamu
mahu, aku mendoakanmu kepada Allah supaya
menyembuhkanmu”.
Perempuan itu berkata: “Aku akan bersabar”. Dan dia berkata
lagi: “Sesungguhnya aku takut terbuka auratku (sementara aku
tidak sedar). Maka berdoalah kepada Allah untuk aku tidak
terbuka aurat”.
Maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam mendoakan
baginya.”
(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Adapun fadhilat orang yang bersabar itu antara lain
sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:
φ♥Ψš Ψ⁄κΤΩ⊕ΨŠ ¬ΣΣΩ≤–Κς… Ω⇐Σ⁄ΨιΗΤðϑ±√≅… Πς⊇ΩΤΣÿ †Ω∧ΠςΤ⇓ΜΞ…
( (سورة الزمر: 10
Tafsirnya: “Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah
sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak
terkira.”
(Surah az-Zumar: 10)
5) Makruh bagi orang yang sakit mengeluh kerana kesakitan yang
dihadapinya.
6) Sunat memperbanyakkan membaca Al-Qur’an dan berzikir
kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala.
Menurut Imam an-Nawawi Rahimahullah dalam kitab al-
Adzkar, bahawa sunat bagi orang yang sakit membiasakan
dirinya dengan membaca ayat-ayat al-Qur’an ketika memohon
kesembuhan serta membacanya dengan suara yang perlahan,
atau orang lain membacakan untuknya, manakala dia pula
mendengarkan bacaan tersebut dengan penuh perhatian.
7) Hendaklah bersangka baik kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala
dengan bersangka bahawa Allah Subhanahu wa Ta‘ala sentiasa
melimpahkan rahmat padanya.
Diriwayatkan dalam sebuah hadis dari Jabir bin ‘Abdullah al-
Anshariy Radhiallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi
wasallam bersabda:
َ لا يَمُوتَنَّ َأحَدُكُمْ ِإلاَّ وَهُوَ يُحْسِنُ الظَّنَّ ِباللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ
(رواه مسلم)
Maksudnya: “Jangan sampai salah seorang daripada kamu
mati, kecuali dia bersangka baik kepada Allah ‘Azza wa Jalla.”
(Hadis riwayat Muslim)
Para ulama mazhab Syafi‘e sepakat bahawa sunat bagi orang
yang sakit atau orang yang ada padanya tanda-tanda kematian
untuk bersangka baik kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala.
Bagi mewujudkan sangka baik itu, hendaklah dia menghadirkan
pada fikirannya bahawa sesungguhnya dia hanyalah seorang
hamba yang hina dan Allah Subhanahu wa Ta‘ala Maha Kaya,
dan tidaklah dia meminta keampunan, belas kasih, kesenangan
dan pemberian kecuali daripada Allah Subhanahu wa Ta‘ala.
8) Sunat dia berpesan kepada ahli keluarganya dan kawankawannya
pada beberapa perkara, antaranya:
i. Berpesan kepada mereka untuk bersabar atas apa yang
menimpanya dan bersabar atas kemungkinan yang akan
berlaku akibat dari apa yang menimpanya. Dan juga
menasihati mereka agar bersabar atas musibah yang menimpa
mereka (kerana pemergiannya) serta tidak menangisi
pemergiannya.
Ibnu Umar Radhiallahu ‘anhuma berkata, Rasulullah
Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
ِإنَّ الْمَيِّتَ َليُعَذَّبُ ِببُكَاءِ َأهْلِهِ عََليْهِ
(رواه البخاري)
Maksudnya: “Sesungguhnya mayat seseorang (yang
berwasiat supaya dia ditangisi) itu diazab kerana tangisan
ahli keluarganya ke atasnya.”
(Hadis riwayat al-Bukhari)
ii. Berpesan kepada mereka untuk mengasihani dan berlemah
lembut dengan kanak-kanak dan sesiapa sahaja yang
ditinggalkannya.
iii. Berpesan kepada mereka untuk berbuat baik kepada kawankawannya
(walaupun dia sudah tiada lagi) dan memberitahu
mereka bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam,
berpesan dengan bersabda:
ِإنَّ َأبَرَّ الِْبرِّ صَِلةُ الوََلدِ َأهْ َ ل وُدِّ َأِبيْهِ
(رواه مسلم)
Maksudnya: “Sesungguhnya kebajikan yang paling baik
ialah seorang anak yang menyambung hubungan dengan
kawan bapanya.”
(Hadis riwayat Muslim)
iv. Berpesan kepada mereka agar menjauhi perkara bid‘ah yang
menjadi adat atau kebiasaan yang dilakukan ketika
menguruskan jenazah.
v. Berpesan kepada mereka untuk menjanjikannya dengan
berdoa (sentiasa mendoakannya) dan tidak melupakan janji
itu sepanjang waktu.
vi. Mengatakan kepada mereka pada setiap waktu: “Apabila
kamu melihat kelalaianku pada sesuatu perkara, maka
peringatkanlah aku dengan lembut, berikanlah aku nasihat
kerana kelalaianku itu. Sesungguhnya aku mudah lupa,
malas dan cuai. Maka apabila aku lemah dan cuai, maka
berikanlah aku semangat dan bantulah aku mempersiapkan
diri untuk perjalanan yang jauh (alam barzakh)”. (Antaranya
adalah dengan membantunya mengingati lafaz syahadah).
9) Apabila dia menghadapi nazak, maka hendaklah dia
memperbanyakkan mengucap: لا إله إلا الله iaitu, “Tiada Tuhan
selain Allah”, agar lafaz ini menjadi akhir percakapannya
(ucapannya) sebelum dia meninggal dunia.
Demikianlah sebahagian bimbingan ketika menghadapi sakit yang
setentunya mengajar umat Islam agar sentiasa bersabar, bersyukur
serta menaruh harapan akan mendapat ganjaran berlipat ganda
daripada Allah Subhanahu wa Ta‘ala.
Awaslah dari perasaan berputus asa yang menyebabkan seseorang
itu cenderung melakukan perkara yang tidak disukai oleh agama,
seperti bercita-cita untuk mati atau meminta agar kematian
disegerakan baginya.
Kerana itu, Islam tidak membenarkan seseorang itu untuk
menyerah dan berputus asa sebelum berusaha untuk mencari
penawar bagi penyakit yang dihadapinya walau seberat manapun
penyakit tersebut. Begitu juga usaha yang dilaksanakan itu pula,
perlu diiringi dengan doa memohon kepada Allah Subhanahu wa
Ta‘ala bagi kesembuhan dari penyakit tersebut. Islam
menggariskan beberapa perkara sebagaimana di atas sebagai
langkah persediaan jika berlaku sesuatu kemungkinan ketika
menghadapi sakit.

No comments: