Tuesday, 3 February 2009
Penggunaan Stunning Sebelum Menyembelih Binatang
Sukacita dimaklumkan baru-baru ini terdapat cadangan di Britain mewajibkan binatang-binatang sembelih seperti lembu dan kambing hendaklah dipengsankan atau dihilangkan sedarnya dengan satu cara yang dinamakan stunning sebelum disembelih yang maksud mereka supaya menghilangkan sakit binatang-binatang itu yang mana perkara ini mendapat tentangan daripada orang-orang Islam di Britain.Kaola telah menerima pertanyaan daripada Pengarah Pertanian mengenai perkara ini. Oleh sebab itu kaola sukacita mendapat sebarang fatwa mengenai cara ini.Al-Karim telah mengharamkan makan bangkai, makan darah yang mengalir, makan daging babi dan segala-galanya, makan binatang yang disembelih dengan nama lain daripada nama Allah, makan binatang yang mati dengan dicekik, makan binatang yang mati dengan dipangkung, makan binatang yang jatuh dari tempat tinggi dan mati, makan binatang yang mati dengan ditanduk oleh binatang lain, makan binatang yang mati yang dimakan oleh binatang buas, melainkan apabila kamu telah sempat menyembelih binatang-binatang itu sebelum binatang-binatang itu mati dengan ada hayah mustaqirrah padanya, bagaimana yang terse but dalam ayat:حُرِّمَتْ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةُ وَالدَّمُ وَلَحْمُ الْخِنْزِيْرِ وَمَا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللهِ بِهِ وَالْمُنْخَنِقَةُ وَالْمُتَرَدِّيَةُ وَالنَّطِيْحَةُ وَمَا أَكَلَ السَّبُعُ إِلَّا مَا ذَكَّيْتُمْSurah Al-Ma’idah ayat 3. Ini keterangan menurut Tafsir Al-Jalalain.Dalam ayat Al-Qur’an yang tersebut, ada menyatakan binatang yang mati dengan dipukul atau dipangkung, adalah ia bangkai. Maka binatang atau burung atau ayam atau itek yang dipangkung atau dipukul, atau dipulas kepalanya atau dihempap dengan benda berat, dan ia mati sebelum sempat disembelih menurut cara syara’, adalah dianggap binatang itu binatang yang mati dengan dipukul (الموقوذة) dan binatang الموقوذة itu adalah ia bangkai.Sekarang ada orang hendak lumpuhkan binatang itu sebelum disembelih, maka binatang yang dilumpuhkan dengan kena kuasa elektrik, atau dihempap dengan besi berat atau lain-lain cara sehingga tiada ada padanya hayah mustaqirrah, seperti tiada dapat ia bergerak dengan pilihannya sendiri, maka binatang yang lumpuh dengan sebab-sebab yang tersebut dan ia mati, maka binatang itu adalah bangkai.Adapun cara sempat menyembelih binatang itu, maka kata ahli ilmu daripada ulama tafsir: "jika kamu sempat jumpa hidupnya seperti matanya melihat, atau ekornya bergerak-gerak, maka memakan binatang itu adalah harus dengan disembelih akan dia ketika itu,"Berkata sahabat Ibnu ‘Abbas: "Apabila matanya melihat, atau kakinya menolak-nolak atau kakinya bergerak-gerak, maka kamu sembelih akannya, maka binatang itu halal.”Setengah ahli ilmu berpendapat bahawa apabila binatang buas melukakan binatang dan ia keluarkan perutnya, atau ia potong perut binatang dengan berpotong-potong sekira tiada ada harapan ia hidup dengan keadaan begitu, maka tiadalah dapat disembelih sekalipun ada padanya gerak dan nyawa dan daya, kerana dia telah jadi dalam keadaan tiada berkesan disembelih padanya, dan ia mazhab Al-Imam Maliki Radhiallahu ‘anhu.Qaul ini dipilih oleh Al-Zajaj dan Ibnu Al-Anbari, kerana erti menyembelih ialah menyembelih itu datang pada binatang itu dan pada binatang itu masih ada nyawa yang boleh menumpah darah urat (awdaj) dan menggelempar binatang itu sebagai binatang yang kena sembelih, dengan ada nyawa dan hidup padanya sebelum itu. Jika tidak, maka binatang itu adalah dianggap ia seperti bangkai, dan erti zakat dalam bahasa Arab ialah sempuma sesuatu, dan yang dikehendakkan dari sembelih (tadzkiyah) itu ialah sempurna memotong urat leher dan menumpahkan darah. Tamat dari Hasyiah Al-Jamal ‘Ilmu Tafsir Al-Jalalain.Berkata Al-Imam Al-Nawawi dalam Al-Minhaj:"Jika ia sembelih dari belakang binatang, maka ia berdosa berbuat begitu, dan jika bersegera dan memotong halqum dan mari' (urat saluran makanan) dan pada binatang itu ada hayah, mustaqirrah, maka binatang itu halal dimakan."Berkata Al-‘ Allamah Al-Malibari dalam Fath Al-Mu’in, syarat pada binatang yang disembelih yang bukan ia sakit itu ada dua syarat:1. Hendaklah ada pada binatang itu hidup dengan hidup Hayah Mustaqirrah, pada mula melakukan sembelih itu sekalipun dengan ada zhann atau sangka yang kuat, seperti ia bergerak dengan kuat lepas disembelih itu, sekalipun ada gerak yang kuat sahaja menurut qaul al-mu ‘amad.2. Tumpah darah, dan keluar darah dengan kuat, apabila ada galib zhann atau sangka kuat pada hayah mustaqirrah pada tumpah darah itu.Jika ada sangka pada ada hayah mustaqirrah dengan sebab ada tanda-tanda hidup, maka haram binatang itu.Melumpuhkan binatang sebelum disembelih akan dia adalah haram kerana menyakiti binatang. Pada menyembelih binatang mengikut cara syara’ itu, itulah namanya kasihan belas dan berlemah-lembut dengan binatang.Menurut suatu hadis Al-Arba’in oleh Al-Imam AI-Nawawi:إِنَّ الله كَتَبَ الإِحْسَانَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ، فَإِذَا قَتَلْتُمْ فَأَحْسَنُوْا القِتْلَةَ وَإِذَا ذَبَحْتُمْ فَأَحْسَنُوْا الذَّبْحَ، وَلْيُحِدَّ أَحَدُكُمْ شَفْرَتُهُ، وَلْيُرِحْ ذَبِيْحَتَهُ.(رواه مسلم)Maksudnya: "Bahawa Allah Ta ‘ala telah mewajibkan berbuat ihsan dan berbuat baik menurut baik pada syara’ dan bukan pada akal, iaitu melakukan perbuatan yang dibenarkan aleh syara' dengan cara baik pada tiap-tiap sesuatu, rupa-rupa dan cara-cara baik itu ada banyak rupanya, satu daripadanya apabila kamu membunuh, maka hendaklah kamu bunuh dengan cara baik, seperti membunuh binatang yang harus dibunuh dengan cara baik dan apabila kamu menyembelih binatang yang harus disembelih, maka hendaklah kamu sembelih dengan cara baik seperti dengan pisau yang tajam, dan dilayani binatang dengan lemah-lembut dan hendaklah kamu tajamkan mata pisau kamu, dan hendaklah kamu beri rehat pada binatang itu dengan melakukan pisau itu dengan segera, dan diberi ia minum dan lain-lain seumpamanya.(Diriwayatkan oleh AI-Imam Muslim.)Sembelih binatang itu telah berjalan pada zaman Nabi Ibrahim ‘Alaihissalam dan korban binatang telah berlaku pada zaman anak-anak Nabi Adam ‘Alaihissalam bagaimana tersebut dalam AI-Qur’anPerkara sembelih binatang hendaklah kita ikut perjalanan Nabi lbrahim ‘Alaihissalam dan kita umat Islam disuruh mengikut perjalanan Nabi Ibrahim ‘Alaihissalam bagaimana dalam AI-Qur’an dan orang yang tiada suka mengikut perjalanan Nabi Ibrahim ‘Alaihissalam itu orang kurang akal dan orang bodoh,Firman Allah Ta'ala:وَمَنْ يَرْغَبُ عَنْ مِلَّةِ إِبْرَاهِيْمَ إِلَّا مَنْ َسِفهَ نَفْسَهُ(سورة البقرة:130)Firman Allah Ta'ala:قَدْ كَانَتْ لَكُمْ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ فِي إِبْرَاهِيْمَ وَالَّذِيْنَ مَعَهُ(سورة الممتهنة:4)lni dalil-dalil pada tiada mengikut perjalanan Nabi Ibrahim dan pada disuruh kita mengikut perjalanan Nabi lbrahim ‘Alaihissalam dan pengikut-pengikutnya.Allah Ta’ala menghantar rasul-rasulNya dan menurunkan kitab-kitabnya tujuannya bagi mengajar dan memimpin manusia kepada jalan Allah dan ugama Allah dan akal manusia itu hanya dapat memikir dan dapat memerhati dan dapat merenungkan perkara-perkara yang biasa, yang dapat dilihat dan yang dapat didengar, dan yang dapat dirasai. Adapun perkara-perkara dari perkara luar biasa itu, maka manusia tiada dapat sampai pada mengetahui dan menerokanya.Dari itu perkara menyembelih binatang dengan memotong segala halqum lubang nafas dan memotong segala lubang makanan dengan alat yang tajam dengan tiada dilumpuhkan binatang itu sebelum disembelih adalah perkara syara’ dan bukan perkara akal, dan Allah Ta’ala melarang makan darah yang mengalir itu adalah perkara syara’ dan bukan perkara akal manusia, dan mengeluarkan darah yang mengalir dari binatang yang disembelih itu adalah perkara syara’ dan perkara akal.Dari itu manusia dan hamba Allah itu hendaklah tunduk dan taat kepada Allah Ta’ala sebagaimana taat Nabi Ibrahim ‘Alaihissalam ketika diperintahkan menyembelih anaknya Nabi Ismail ‘Alaihissalam dan dengan taatnya itu Allah Ta’ala gantikan dan tukarkan Nabi Ismail ‘Alaihissalam dengan seekor kibasy dari syurga, dan kita umat Islam disuruh mengikut perjalanan Nabi Ibrahim ‘Alaihissalam bagaimana tersebut dalam Al-Qur’an bagaimana telah lalu sebutannya itu.Melumpuhkan binatang sebelum ia disembelih adalah haram kerana menyiksa binatang dan binatang yang dilumpuhkan itu yang tiada bergerak lagi apabila disembelih adalah ia bangkai dan haram dimakan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment